Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Siapa dia ?

Last few days masa Kak Ina browse some blogs saje lah dengan niat nak tambah kawan secara accidentally Kak Ina terjumpa satu blog named as Damit tak kisah


Once kak Ina masuk blog tu Kak Ina nampak gambar2 celebrity chef. Tak adalah Kak Ina ni kisah sangat. Tapi bila Kak Ina go trough blog tu baru Kak Ina perasan yang tuan punya blog ini sebenarnya dah tak ada lagi. Dia dah meninggal rupanya. It really surprise me, kak Ina tak pernah sangka yang Kak Ina akan jumpa something like this. Lebih mengharukan lagi biarpun arwahnya dah tak ada tapi sahabat2nya masih lagi singgah di blog beliau, kak ina dapat lihat dari cbox nya yang dilabelnya as mesyuarat tepi tingkap.

Masa Kak Ina mula-mula menjinakkan diri dengan blog dulu Kak Ina tak pernah sangka dan tak terfikir pun yang Kak Ina akan berjumpa dengan things like this. Latest post dalam blog tu bertarikh 12 jan 2007. From the cbox kak ina dapat tahu arwah dah setahun meninggal. Tapi siapa sebenarnya arwah ni...? yang pasti mesti dia seorang yang sangat baik sebab walau pun dia dah tak ada lagi kawan-kawan dia still lagi singgah kat blog dia.

Dah beberapa hari dah Kak Ina terjumpa blog tu tapi Kak Ina still lagi teringat. Sebabnya Kak Ina memang tak sangka akan jumpa dengan hal-hal yang macam ni. It shows me kalau kita buat baik sampai bila-bila pun orang akan ingat kat kita. Walau pun masa tu kita dah lama pun tinggalkan dunia ni. Al-Fatihah untuk Damit yang tak sempat Kak Ina kenal...

Kisah Pendayung Sampan

Kak Ina lampirkan lagi kisah yang Kak Ina dapat dari email seorang sahabat. Semoga ianya dapat menjadi iktibar untuk kita.



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor itu memang mencari pendayung sampan yang pendiam supaya tidak banyak mengganggunya membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajiannya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajiannya dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit, berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati " hmm. hari nak hujan"

"Ok, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata professor itu. Pendayung sampan itu pun akur dan mula memusingkan samapnnya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. " kamu dah lama mendayung sampan? " tanya Professor itu. " Hampir seumur hidup saya." jawab pendayung sampan itu ringkas. "hampir seumur hidup?" tanya Professor itu lagi. " Ya " jawab si pendayung " Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lani selain dari mendayung sampan?" tanya professor itu lagi. Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, " Kamu tahu geografi?" pendayung itu menggelengkan kepalanya. " kalau macam itu kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu ". kata Professor itu lagi, " kamu tahu biologi? " Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya. " Kasihan kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik ?" Professor itu masih bertanya lagi. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

" Kalau begini kasihan. Kamu suadh kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan. " Kata professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayaung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, secara tiba-tiba hujan turun. Dengan tidak semena-mena datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak tersebut dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, " Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepalanya. " Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." kata pendayung sampan itu sambil berenang ke pantai.

Pizza Ala Kak Ina

Ini kisah macam mana nak buat pizza dengan cara yang paling mudah dan murah. kak Ina ni sebenarnya tak suka masak-masak ni. Tapi Kak Ina cukup suka makan. Untuk makan nak tak nak Kak Ina kenalah masak jugak. So Kak Ina selalu cari resepi yang paling senang dan ringkas untuk memasak tapi mesti sedap dan boleh diterima tekak, dalam masa yang sama Kak Ina tak payahlah spend masa lama-lama kat dapur. Hari ini Kak Ina nak kongsi macam mana nak buat pizza yang paling senang.


RESEPI PIZZA


Bahan-bahan untuk doh :

2 cawan tepung gandum ( lebih kurang lah )
1/2 camca besar yis mauripan
sedikit gula
sedikit garam
air suam ( dalam 1/2 cawan)
1 camca minyak


Cara membuat Doh :

Mula-mula kita kena biak kan yis dahulu. Jadi kita campurkan yis dengan air suam dan sedikit gula ( gula ni jadi makanan untuk yis tu membiak ). Biarkan sampai campuran ni berbuih.

Sementara itu, kita sediakan campuran tepung. Campurkan tepung dengan garam ( make sure garam ni jangan banyak sangat sebab kita tak nak nanti yis kita mati pulak ).

Masukkan yis yang dah berbuih tadi ke dalam tepung. Gaul rata dan tambahkan minyak ( ni untuk jadikan doh kita crispy).

Uli adunan ni. Tambahkan air sekiranya perlu. Atau pun kalau doh ni terlebih lembiknya kita boleh tambah tepung sikit-sikit. Uli sampai jadi doh macam gambar kat sebelah atas tu.

Kemudian kita biarkannya untuk satu jam. Dan saiznya naik sekali ganda lagi macam gambar kat sebelah ni.

Sekarang ni kiranya doh kita dah siap. bila kita nak guna nanti kita cuma kena tumbuk doh ni nak keluarkan udara kat dalamnya tu.




Bahan-Bahan untuk topping:

Daging cincang
Sosej ( hiris nipis-nipis)
Mozarella cheese
ready made bolangnese sos ( tak kisah le brand apa pun)



Cara membuat :


Daging cincang tu kita goreng dengan minyak yang sedikit dulu sampai setengah masak. Lepas tu masukkan dalam 3-4 camca besar sos bolangnese ke dalam daging tu, tambah juga sedikit garam. Just nak bagi rasa. Dah siap dah.


Masa untuk menjadikan pizza :

Dah cukup tempoh sejam dan doh kita pun dah naik sekali ganda. Kita tumbuk doh tu untuk keluarkan udara kat dalamnya ( selalunya satu adunan macam ni Kak Ina dapat dua pizza tapi depends pada dulang yang kita nak gunakan ).

Canaikan doh kita, tapi sebelum tu gunakan tepung untuk make sure doh tadi tak melekat pada papan canai kita. Dulang pembakar juga kena di sapukan dengan minyak. Masukkan doh yang dah dicanai kedalam dulang. Sapukan sos bolangnese pada doh, lepas tu letak daging cincang serata doh, taburkan dengan sosej dan mozarella cheese.

Pizza ni kita bakar pada suhu 230 C untuk 25 minit lebih kurang kena rajin-rajin pergi jenguk 1/2 masa pertama tu Kak Ina cadangkan kita guna api atas bawah, 1/2 masa kedua tu gunakan api bawah aje.

Macam nilah rupa pizza yang dah siap dibakar. Dah boleh nak makan. Wallah !!









Cerita Tentang Rumput

Kak Ina dapat story ni dari email yang dikirim kawan Kak Ina. Kak Ina rasa ceritanya menarik juga untuk kita baca dan fikirkan.


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita SAYANG?. Macam mana juga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat ?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita SAYANG, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita SAYANG itulah kita jumpa paling cantik dan paling
baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka SAYANGilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

p/s: kasih DAN sayang dinilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dalam menjalin perhubungan. Tapi adakah kasih DAN sayang itu dihargai andai hanya wujud kasih ATAU sayang semata-mata?

Amacam faham tak?






Temari

Pernah dengar tak pasal temari? Kak Ina dapat tahu pasal temari ni masa tengok Martha Stewart punya talk show. Temari ni sebenarnya one kind of art dari Jepun. Rupanya macam bola, tapi dah di decorate cantik-cantik. Maka hasilnya pun cantik le.

Ok lah Kak Ina cerita sikit pasal temari ni. Ini apa yang kak Ina dapat from my reading pasal temari . Temari ni rupanya samalah macam sebiji bola ( gambar di bawah ). Dan ia, sebenarnya adalah folk art dari China dan ia di bawa ke Jepun lebih kurang lima atau enam ratus dahulu.

Asalnya Temari ni di buat oleh kaum ibu dan nenek- nenek sebagai barang mainan untuk anak atau pun cucu mereka. Kiranya masa tu dia orang guna temari ni untuk main bola macam kita sekarang ni le. Dulu-dulu dia orang buat temari ni guna kain-kain reja atau pun cebis-cebis kain untuk buat kimono. Tak pun kimono yang lama-lama tu dia orang recycle untuk buat barang mainan pulak. Kira baguslah dia orang ni tak membazir, kita patut ikut attitude ni. Cebis-cebis kimono tu dia orang gumpal kemas-kemas dan balut pulak dengan silk fabric hingga bentuklah bola, lepas tu barulah di wrapped dengan jalur-jalur fabrics.

Tapi itu cerita pasal nak buat temari zaman dulu punya sekarang ni dia orang dah ubah dah caranya. Untuk bahagian dalamnya boleh sama ada digunakan polistren yang dah di bentukkan bulat atau pun kita boleh juga guna old sock yang dah tak pakai tu. Untuk lebih detail lagi macam mana nak buat temari ni cuba klik disini. Kat situ ada photo essay macam mana temari di buat. Tapi untuk buat temari ni masa kita wrapped tu kita kena buat very-very tightly, kalau masa dulu disebabkan kemasnya mereka lilit jalur-jalur kain tu sampaikan temari tu boleh bounce macam bola kita sekarang ni lah.

Menariknya temari sekarang ni dah terevolusi kalau dulu-dulu ianya sebagai barang mainan budak-budak sekarang ni dah jadi barang hiasan. Even temari sekarang ni dah jadi bahan art and craft bagi golongan kelas atasan di Jepun. Therefore temari sekarang dihias dengan pelbagai teknik embroidery pun ada. Some of the most interesting temari can be seen here.

Kak Ina tertarik dengan teknik membuatnya, yang gunakan benang tu. Kiranya sesuatu yang agak baru jugak lah untuk kita di sinikan. So apa kata kita cuba pulak membuat temari as our new hobby. Why not kan!!


 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!