Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Misi menyelamatkan anak kucing

Kami baru sahaja selesai menjalankan misi menyelamatkan anak kucing yang jatuh kat dalam longkang besar kat sebelah rumah ni. Sebenarnya hari ni adalah hari ke 3 anak kucing tu duduk kat dalam longkang tu. Kesian betul sampaikan dah kurus kering.


Dua hari sebelum ni Cik Abang Kak Ina tak ada kat rumah, cuma kami aje 3 beranak... ada jugak kami cuba nak selamatkan anak kucing tu tapi asyik terkial-kial sekejap-sekejap Eh! sekejap-sekejap Eh ! udahnya kena tunggu Hero ni ada barulah boleh menjayakan misi ni. Yang menderitanya anak kucing tu lah.


nampak tak anak kucing tu? kesian kan dah 3 hari duduk kat dalam longkang ni. Kebetulan pulak 2 ahari ni hujan nasib baik air longkang tu tak naik.







Ni Hero tengah berusaha nak masukkan kayu kat dalam longkang untuk senangkan anak kucing tu meniti. Ni first try kalau plan ni tak jalan nampaknya hero kena masuk longkang pulak.







Lepas puas anak-anak Kak Ina mengiau panggil anak kucing tu barulah dia bergerak ke arah kayu tadi.








Finally mission accomplish!!









Menjamu selera selepas 3 hari 2 malam berpuasa.











Musibah datang lagi.....

Dugaan Tuhan tu kadang-kadang tak kita terdugakan. Mungkin kali ni memang turn kami untuk terima dugaan bertimpa seperti ni. rasa macam susah nak percaya pun ada. Sebabnya selama ni kami semacam tak pernah terlintas untuk terima test yang macam ni dalam jarak masa yang sangat singkat.

Tapi ... kalau difikirkan apa yang membezakan kita dari orang lain. Selama ni kita hanya melihat tak pun mendengar pasal orang terkena musibah bertimpa dan kali ni kita pulak. Dalam entry sebelum ni Kak Ina ada cerita pasal motor kami kena curi. Dan hari ini kiranya dalam masa 8 hari pagar rumah kami pulak kena kopak. Kak Ina sedar pagar tu dah terkoyak pagi tadi masa tengah berbual dengan Tuk Wan.

Terkejut besar Kak Ina bila tengok pagar tu dah terkopak luas pulak tu. Masa tu barulah terlintas dalam kepala Kak Ina apa yang Kak Ina nampak malam tadi tu semuanya betul dan bukan khayalan Kak Ina semata. Sebenarnya malam tadi masa dok tengah mengadap komputer kak Ina terperasan ada cahaya lampu dari luar rumah yang kak Ina yakin sangat bukan lampu kenderaan atau pun lampu jalan. tapi bila cakap kat Cik Abang dia ahh kan aje..

Yang membengangkan tu, kami ni baru aje nak okey dari phobia hilang motor hari tu. Ni dah kena lagi. Dan ni agak menakutkan sebabnya dah jelas-jelas ada orang kat rumah tapi malaun-malaun tu try jugak nak masuk ke rumah. Hitam sungguh hati diaorang ni.

Sebenarnya lately area kami ni memang selalu kena attack, sampaikan polis-polis kat sini pun dah tak tahu nak kata apa, nak kata tak ada yang ditangkap, dah ada beberapa tangkapan dah dibuat tapi setiap hari kes yang sama diterima. Nampaknya ramai sungguh yang jadikan sumber haram yang menyusahkan orang ni profesion diaorang. Inilah Malaysia ku yang aman , makmur dan selamat.

Tang mana aman ...entah, kat mana makmur...tak tahu, SELAMAT ? em! tah la...

Sedih...

Tak tahu nak describe apa yang dirasa sekarang ni. Geram, sakit hati, rasa macam nak marah, ralat, sedih, bengang entah la semua rasa tu ada. Berkecamuk, Serabut semuanya bercampur baur dalam kepala ni.

Kak Ina kena lepaskan apa yang dirasa ni on something. Nak luahkan pada somebody pun tak ada siapa yang nak dengar. No matter how Kak Ina kena settlekan apa yang Kak Ina rasa ni so that Kak Ina boleh release diri Kak Ina dari this bad-bad mood. Actually for certain people especially yang agak senang problem ni kecik aje. Tapi untuk kami yang terpaksa berdikit to get something that we want, ini memang menyakitkan hati. Problemnya baru-baru ni kawasan rumah kami di pecah masuk dan motorsikal yang baru sebulan kami beli dah hilang.

See simple ajekan problemnya untuk certain-certain orang kan! tapi untuk kami ini masalah besar. Kami beli motor tu untuk safekan budget kami
yang semakin bertambah bila kerajaan kita yang sangat baik hati ni dah naikkan harga minyak baru-baru ni. kami keluarkan duit simpanan dan bayar cash untuk motor tu yang kemudiannya dengan senang hati diambil orang.Tuhan aje yang tahu apa yang kami rasa. Anak-anak Kak Ina semuanya menangis bila kami balik ke rumah pastu tengok tempat kami simpan motor tu kosong. We just can't accept this thing happen to us sebab kami dah ambik semua precaution yang sepatutnya. Kat Motor tu semua mak bapak, tok ki mangga and lock kami dah pasang. Tapi tu lah benda dah nak jadi. Hari ni genaplah seminggu motor tu hilang.

Kami patut buatkan satu tempat khas untuk simpan
motor tu tapi kami tak ada budget untuk tu. maklum ajelah zaman sekarang ni semua benda harganya melambung-lambung. Tapi kami memang dah ambik semua langkah berjaga-jaga, cumanya kami tak masukkan motor tu kat dalam rumah aje dan tulah silap kami yang paling besar. Masa benda ni semua jadi kami semua tak ada kat rumah kami ke KL. Sehari di KL, then dapat call dari neighbour bagitau pintu pagar rumah kami rebah dan motor hilang.

Kak Ina tahu sangat-sangat lah mustahil untuk berlaku tapi tak salah rasanya kalau kita mencuba dan semoga Allah memberkati. Kat sini kalaulah ada sesiapa yang membaca luahan rasa Kak Ina ni tolonglah andainya ada sebarang info pasal mot
or kami tu nombornya TAS3360 tolonglah bagi tahu Kak Ina. Kami sayang sangat motor tu bukan sebab ia baru di beli tapinya ia membantu kami meringankan beban kami ni. Nak beli yang baru untuk ganti... entah lah. Tolong lah kesiankan lah kami kesiankanlah anak-anak kak Ina dengan motor tu lah dia orang gi sekolah gi mengaji. Sekarang yang tinggal helmet2 diaorang aje. Bila tengok helmet tu rasa sebak sangat.

Dari cara kerja manusia yang ambik motor kami ni nampak sangat yang diaorang dah lama perhatikan rumah kami memang diaorang ni dah study habis. Ni lagi buat kami rasa takut rasa macam dah tak safe lagi duduk kat dalam rumah ni rasa macam ada yang perhatikan rasa macam dah dicabul. Sebab sekarang ni kita dah tahu ada orang lain kat luar sana yang langsung kita tak kenal siapa tapi dia sangat2 mahir pasal selok be
lok rumah kita.

Dah tak boleh nak menaip lagi Kak Ina rasa sebak sangat. Terima kasih sebab membaca tulisan Kak Ina ni. Jadikanlah kesilapan kami ni sebagai panduan untuk semua.
ini aje lah yang tinggal......
 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!