Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Temari

Pernah dengar tak pasal temari? Kak Ina dapat tahu pasal temari ni masa tengok Martha Stewart punya talk show. Temari ni sebenarnya one kind of art dari Jepun. Rupanya macam bola, tapi dah di decorate cantik-cantik. Maka hasilnya pun cantik le.

Ok lah Kak Ina cerita sikit pasal temari ni. Ini apa yang kak Ina dapat from my reading pasal temari . Temari ni rupanya samalah macam sebiji bola ( gambar di bawah ). Dan ia, sebenarnya adalah folk art dari China dan ia di bawa ke Jepun lebih kurang lima atau enam ratus dahulu.

Asalnya Temari ni di buat oleh kaum ibu dan nenek- nenek sebagai barang mainan untuk anak atau pun cucu mereka. Kiranya masa tu dia orang guna temari ni untuk main bola macam kita sekarang ni le. Dulu-dulu dia orang buat temari ni guna kain-kain reja atau pun cebis-cebis kain untuk buat kimono. Tak pun kimono yang lama-lama tu dia orang recycle untuk buat barang mainan pulak. Kira baguslah dia orang ni tak membazir, kita patut ikut attitude ni. Cebis-cebis kimono tu dia orang gumpal kemas-kemas dan balut pulak dengan silk fabric hingga bentuklah bola, lepas tu barulah di wrapped dengan jalur-jalur fabrics.

Tapi itu cerita pasal nak buat temari zaman dulu punya sekarang ni dia orang dah ubah dah caranya. Untuk bahagian dalamnya boleh sama ada digunakan polistren yang dah di bentukkan bulat atau pun kita boleh juga guna old sock yang dah tak pakai tu. Untuk lebih detail lagi macam mana nak buat temari ni cuba klik disini. Kat situ ada photo essay macam mana temari di buat. Tapi untuk buat temari ni masa kita wrapped tu kita kena buat very-very tightly, kalau masa dulu disebabkan kemasnya mereka lilit jalur-jalur kain tu sampaikan temari tu boleh bounce macam bola kita sekarang ni lah.

Menariknya temari sekarang ni dah terevolusi kalau dulu-dulu ianya sebagai barang mainan budak-budak sekarang ni dah jadi barang hiasan. Even temari sekarang ni dah jadi bahan art and craft bagi golongan kelas atasan di Jepun. Therefore temari sekarang dihias dengan pelbagai teknik embroidery pun ada. Some of the most interesting temari can be seen here.

Kak Ina tertarik dengan teknik membuatnya, yang gunakan benang tu. Kiranya sesuatu yang agak baru jugak lah untuk kita di sinikan. So apa kata kita cuba pulak membuat temari as our new hobby. Why not kan!!


Belansungkawa untuk Pak Cik Mail

Pukul 6.58 pagi tadi mama Myra hantar sms bagitahu Pak Cik Mail meninggal. Terkejut? memang Kak Ina terkejut jugak walau pun kami semua dah jangkakan ini akan berlaku sebab Pak Cik Mail dah lama juga mengidap sakit buah pinggang. Pak Cik Mail sebenarnya adalah jiran kami, rumahnya letak selang sebuah dari rumah Tuk Wan. Dah lebih 20 tahun kami duduk berjiran, rasanya dah macam sedara aje. Selama ni susah senang sama-sama mengadap. lebih-lebih lagi yang duduk sederet rumah Tuk Wan tu semuanya orang merantau. Macam Pak Cik Mail sendiri, asalnya orang Terengganu sama macam Tuk Wan dan Aki. Sebab tu ukhwah diaorang ni kuat.

Kami kenal Pak Cik Mail dah lebih 20 tahun, masa kami semua berpindah ke perumahan yang Tuk Wan duduk sekarang. Masa tu Pakcik Mail masih lagi dengan isteri pertamanya iaitu arwah Kak Lang. Selepas arwah Kak Lang meninggal, Pak Cik Mail tinggal bersama dua anak lelakinya. tapi tak lama selepas tu Pak Cik Mail berkahwin lain dan tinggal di bandar. So masa tu kami kehilangan dia sekejap. Memang sekejap pun, lepas tu Pak Cik Mail bujang kembali dan duduk semula di kawasan kami ini. Pak Cik Mail berkahwin semula, kali ini dengan Cik' Sah. Dan, inilah jodohnya sehingga ke akhir hayat.

Kami hanya tahu Pak Cik Mail ada sakit buah pinggang selepas dia accident, 3 bulan sebelum dia pencen. Semenjak itu kesihatannya semakin merosot. Malahan dia terus aje pencen. Seminggu, 3 kali dia akan pergi cuci darah ke hospital. Setiap kali itulah Cik'Sah akan mengikutnya. Melihatkan mereka berdua kami sentiasa terfikir kenapalah, selepas arwah Kak Lang meninggal dulu mereka berdua tak terus berjumpa. Tapi itulah ketentuan Allah, semuanya dalam perancanganNya. Semenjak Pak Cik Mail sakit dia sering ikut serta ahli mesyuarat pagar ( gelaran yang Kak Ina bagi geng2 Tuk Wan yang duduk kat tepi pagar antara rumah Kak Ros dan Cik'Sah). Dia akan duduk dekat kerusi hitam di tepi dinding berhampiran geng2 ini berkumpul setiap petang.

Lepas ni dah tak ada siapalah yang akan duduk lagi kat atas kerusi tu. Masa Tuk Wan telefon Kak Ina cerita saat-saat akhir sebelum Pak Cik Mail meninggal, sedar tak sedar air mata Kak Ina mengalir. Kak Ina rasa sedih sangat bila Tuk Wan cerita yang bermula dari masa Pac Cik Mail sesak nafas petang semalam hinggalah dia meninggal mereka ( geng mesyuarat pagar) sentiasa ada bersama. Eratnya hubungan mereka, itulah adatnya bila kita duduk merantau, sedara kita adalah jiran-jiran kita.

Jenazah Pak Cik Mail akan dikebumikan di Kuala Ibai, sebab itulah yang sering dimintanya semasa hayatnya. Dia nak dikebumikan berhampiran dengan ibunya.

AL-Fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Mail.


Semuanya kerana Myra.

Laman rumah Tuk Wan berubah rupa semuanya kerana Myra, cucu ketujuhnya ( paling bongsu setakat ni). Menariknya perubahan itu dibuat sendiri dengan budget yang rendah aje. Tetapi hasilnya boleh tahan juga.

Beza Myra dari cucu yang lain ialah, selepas habis pantang bersalinkan Myra, mamanya dapat transfer ke kampung Tuk Wan. Jadi Myra terus menetap di rumah Tuk Wan. Berlainan dengan cucu-cucu yang lain, sebaik sahaja habis pantang semua akan balik ke tempat masing-masing. Sekarang umur Myra dah dekat 14 bulan, dah pandai berjalan jatuh. Sibuk nak main dengan abang-kakak juga sepupu2nya. Masalahnya Laman Tuk Wan memang tak sesuai untuk Myra sebab basenya adalah pasir sungai yang kasar dengan pokok-pokok merimbun. Lepas tu slate-slate yang boleh buat sesiapa sahaja jatuh (apalagi Myra) bila tersandung.

Sebab itulah sehari selepas pilihanraya yang mengemparkan hari tu. Kak Ina dengan Tuk Wan sama-sama nekad nak ubah laman rumah Tuk Wan tu. Letihnya jangan katalah. Dengan cuacanya lagi yang panas. Hamparan pasir sungai yang jadi base laman Tuk Wan tu kami gantikan dengan rumput karpet Filipina. Pokok yang merimbun sepanjang pagar rumah Tuk Wan tu kami buang dan gantikan dengan dua rumpun pokok pinang hijau. Tips macam mana nak tanam rumput dan juga susun atur laman kami dapatkan dari majalah Laman.

Untungnya laman rumah Tuk Wan ni tak berapa luas, kalau tak silaplah lebih kurang 11 kaki x 22 kaki aje. Kedua rumpun pokok pinang hijau tu Kak Ina dan Tuk Wan sendiri yang tanam, subuh-subuh hari lagi. Sebabnya dah tak sabar nak tengok hasilnya. Rumput tu pulak kami tanam bersama-sama dengan cik abang Kak Ina dan Tuk Aki. Elok sampai masa makan tengah hari semuanya dah siap. Rumput, pokok tanah pasir dan baja semuanya kami beli dari Kuantan. Kos keseluruhanya lebih kurang RM 500. Dan, tempoh hari bekerja dalam 4 hari lebih kurang. Masa paling banyak habis bila nak clear kan laman tu, mana nak buang pokok bunga kertas Tuk Wan yang selama ni dah jadi trademark rumah Tuk Wan. Lepas tu pokok-pokok yang menjalar kat pagar lagi nak buang.

Bila dah terlibat sama dengan projek ni baru kak Ina tahu yang kalau kita nak tanam rumput tanah kita tu perlu ada lapisan pasir. Selama ni dok ingat kita kena letak tanah merah dulu baru tanam rumput. Apa-apa pun sekarang ni kami sangat puas hati dengan hasilnya dan kaki Myra pun sekarang tenggelam dalam rumput yang lembut tu bila dia memijak. Dah tak risau Myra jatuh lagi.

Di bawah ni Kak Ina sertakan gambar laman rumah Tuk Wan yang berusia dalam 2 bulan. Cantikkan. Tapi yang sebenarnya Majalah Laman memang banyak bantu kami, maklum ajelah kami ni memang zero terus bab-bab menanam rumput. Tapi dari mag. tu kami dapat macam-macam knowledge pasal penanaman, penjagaan juga market prices bagi semua yang kita perlukan untuk projek sebegini. Hasilnya macam yang boleh dilihat disini.







It shows that we don't need an expert to this job anymore. Banyak duit boleh save, sebab tak payah bayar upah. Kak Ina pun berangan-angan nak buat macam ni kat laman Kak Ina tapi tak tahu bila .... lebih-lebih lama masa sekarang ni. Ok! itu saja untuk masa sekarang ni terima kasih sebab singgah di blog Kak Ina.

 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!