Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Kisah Pendayung Sampan

Kak Ina lampirkan lagi kisah yang Kak Ina dapat dari email seorang sahabat. Semoga ianya dapat menjadi iktibar untuk kita.



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor itu memang mencari pendayung sampan yang pendiam supaya tidak banyak mengganggunya membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajiannya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajiannya dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit, berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati " hmm. hari nak hujan"

"Ok, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata professor itu. Pendayung sampan itu pun akur dan mula memusingkan samapnnya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. " kamu dah lama mendayung sampan? " tanya Professor itu. " Hampir seumur hidup saya." jawab pendayung sampan itu ringkas. "hampir seumur hidup?" tanya Professor itu lagi. " Ya " jawab si pendayung " Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lani selain dari mendayung sampan?" tanya professor itu lagi. Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, " Kamu tahu geografi?" pendayung itu menggelengkan kepalanya. " kalau macam itu kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu ". kata Professor itu lagi, " kamu tahu biologi? " Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya. " Kasihan kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik ?" Professor itu masih bertanya lagi. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

" Kalau begini kasihan. Kamu suadh kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan. " Kata professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayaung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, secara tiba-tiba hujan turun. Dengan tidak semena-mena datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak tersebut dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, " Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepalanya. " Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." kata pendayung sampan itu sambil berenang ke pantai.

1 comments:

  1. liza said...
     

    kak ina...
    kesian prof tu kan...
    hah,tulah..pandang rendah lagi kat orang!!

Post a Comment



 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!