Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Chicken Chop Sempoiiiii.......

Dua tiga hari ni memang teringin benar nak makan chicken chop. Kenapa ntah agaknya... selalunya susah jugak perut ni nak ngidam makanan2 ketegori tu untuk di buat berbuka puasa, yang biasanya mestilah nasi.Bukannya apa takut nanti perut masuk angin seksa.


Tapi sebab dah teringin sangat lagi pun dah janji dengan budak2, so hari ni berusaha jugaklah cari resepi macam mana nak buat chicken chop. Banyak jugak dapat resepi antaranya ada Kak Ina link kan dengan blog ni , boleh check kat bawah under blog link " from kitchen". Dah dapat resepi yang berkenan, pastu kami buat rombongan pe
gi kedai nak cari bahan2. terlupa plak yang kita ni dok kat Kerteh. Kedai yang ada 2,3 buah aje pastu barangnya faham2 ajelah apa yang penting2 je ada. Dari banyak-banyak barang yg di cari kami cuma jumpa sos worcestershire aje.

Balik rumah, decide nak reka sendirilah resepi chicken chop ni. Ubah suai dengan resepi yang ada dengan barang yang ada kat rumah je. Hasilnya boleh tahan jugak. Baik abah dengan anak2 sekali semuanya memuji kata sedap. Rasa berb
aloilah jugak. Untuk dokumentasi Kak Ina catit resepi Chicken Chop sempoi tu kat sini nanti boleh rujuk lagi, manalah tahu kot2 nanti teringin lagi nak makan.


Bahan untuk ayam:
Peha ayam buang tulang
Tepung goreng ayam cap puteri
Tepung gandum
Telur
Sos worcestershire ( guna untuk perap ayam)
Garam

Bahan untuk sos :
Bawang merah
bawang putih
Stok ayam
Lada hitam (tumbuk kasar)
Sos tiram
Sos Lada hitam
pati ayam
tepung jagung
Sos worcestershire

# Ini bahan untuk Black pepper sauce, Untuk brown sauce reducekan kuantiti lada hitam dan jangan tambah sos lada hitam.

Penyediaan :
ayam yang dah diperap biarkan sejam dua pastu salautkan dengan tepung gandum. Kendiannya celup pulak dalam telur yg dah ditambah garam (sikit aje). Lepas tu salutkan pulak dengan tepung ayam goreng. Barulah boleh digoreng. Untuk sos tu masak ajelah macam biasa.

1 comments:

  1. Ati's Store said...
     

    nampak sedap....nanti kawe nak try gok le

Post a Comment



 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!