Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Belansungkawa untuk Pak Cik Mail

Pukul 6.58 pagi tadi mama Myra hantar sms bagitahu Pak Cik Mail meninggal. Terkejut? memang Kak Ina terkejut jugak walau pun kami semua dah jangkakan ini akan berlaku sebab Pak Cik Mail dah lama juga mengidap sakit buah pinggang. Pak Cik Mail sebenarnya adalah jiran kami, rumahnya letak selang sebuah dari rumah Tuk Wan. Dah lebih 20 tahun kami duduk berjiran, rasanya dah macam sedara aje. Selama ni susah senang sama-sama mengadap. lebih-lebih lagi yang duduk sederet rumah Tuk Wan tu semuanya orang merantau. Macam Pak Cik Mail sendiri, asalnya orang Terengganu sama macam Tuk Wan dan Aki. Sebab tu ukhwah diaorang ni kuat.

Kami kenal Pak Cik Mail dah lebih 20 tahun, masa kami semua berpindah ke perumahan yang Tuk Wan duduk sekarang. Masa tu Pakcik Mail masih lagi dengan isteri pertamanya iaitu arwah Kak Lang. Selepas arwah Kak Lang meninggal, Pak Cik Mail tinggal bersama dua anak lelakinya. tapi tak lama selepas tu Pak Cik Mail berkahwin lain dan tinggal di bandar. So masa tu kami kehilangan dia sekejap. Memang sekejap pun, lepas tu Pak Cik Mail bujang kembali dan duduk semula di kawasan kami ini. Pak Cik Mail berkahwin semula, kali ini dengan Cik' Sah. Dan, inilah jodohnya sehingga ke akhir hayat.

Kami hanya tahu Pak Cik Mail ada sakit buah pinggang selepas dia accident, 3 bulan sebelum dia pencen. Semenjak itu kesihatannya semakin merosot. Malahan dia terus aje pencen. Seminggu, 3 kali dia akan pergi cuci darah ke hospital. Setiap kali itulah Cik'Sah akan mengikutnya. Melihatkan mereka berdua kami sentiasa terfikir kenapalah, selepas arwah Kak Lang meninggal dulu mereka berdua tak terus berjumpa. Tapi itulah ketentuan Allah, semuanya dalam perancanganNya. Semenjak Pak Cik Mail sakit dia sering ikut serta ahli mesyuarat pagar ( gelaran yang Kak Ina bagi geng2 Tuk Wan yang duduk kat tepi pagar antara rumah Kak Ros dan Cik'Sah). Dia akan duduk dekat kerusi hitam di tepi dinding berhampiran geng2 ini berkumpul setiap petang.

Lepas ni dah tak ada siapalah yang akan duduk lagi kat atas kerusi tu. Masa Tuk Wan telefon Kak Ina cerita saat-saat akhir sebelum Pak Cik Mail meninggal, sedar tak sedar air mata Kak Ina mengalir. Kak Ina rasa sedih sangat bila Tuk Wan cerita yang bermula dari masa Pac Cik Mail sesak nafas petang semalam hinggalah dia meninggal mereka ( geng mesyuarat pagar) sentiasa ada bersama. Eratnya hubungan mereka, itulah adatnya bila kita duduk merantau, sedara kita adalah jiran-jiran kita.

Jenazah Pak Cik Mail akan dikebumikan di Kuala Ibai, sebab itulah yang sering dimintanya semasa hayatnya. Dia nak dikebumikan berhampiran dengan ibunya.

AL-Fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Mail.


0 comments:

Post a Comment



 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!