Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Semuanya kerana Myra.

Laman rumah Tuk Wan berubah rupa semuanya kerana Myra, cucu ketujuhnya ( paling bongsu setakat ni). Menariknya perubahan itu dibuat sendiri dengan budget yang rendah aje. Tetapi hasilnya boleh tahan juga.

Beza Myra dari cucu yang lain ialah, selepas habis pantang bersalinkan Myra, mamanya dapat transfer ke kampung Tuk Wan. Jadi Myra terus menetap di rumah Tuk Wan. Berlainan dengan cucu-cucu yang lain, sebaik sahaja habis pantang semua akan balik ke tempat masing-masing. Sekarang umur Myra dah dekat 14 bulan, dah pandai berjalan jatuh. Sibuk nak main dengan abang-kakak juga sepupu2nya. Masalahnya Laman Tuk Wan memang tak sesuai untuk Myra sebab basenya adalah pasir sungai yang kasar dengan pokok-pokok merimbun. Lepas tu slate-slate yang boleh buat sesiapa sahaja jatuh (apalagi Myra) bila tersandung.

Sebab itulah sehari selepas pilihanraya yang mengemparkan hari tu. Kak Ina dengan Tuk Wan sama-sama nekad nak ubah laman rumah Tuk Wan tu. Letihnya jangan katalah. Dengan cuacanya lagi yang panas. Hamparan pasir sungai yang jadi base laman Tuk Wan tu kami gantikan dengan rumput karpet Filipina. Pokok yang merimbun sepanjang pagar rumah Tuk Wan tu kami buang dan gantikan dengan dua rumpun pokok pinang hijau. Tips macam mana nak tanam rumput dan juga susun atur laman kami dapatkan dari majalah Laman.

Untungnya laman rumah Tuk Wan ni tak berapa luas, kalau tak silaplah lebih kurang 11 kaki x 22 kaki aje. Kedua rumpun pokok pinang hijau tu Kak Ina dan Tuk Wan sendiri yang tanam, subuh-subuh hari lagi. Sebabnya dah tak sabar nak tengok hasilnya. Rumput tu pulak kami tanam bersama-sama dengan cik abang Kak Ina dan Tuk Aki. Elok sampai masa makan tengah hari semuanya dah siap. Rumput, pokok tanah pasir dan baja semuanya kami beli dari Kuantan. Kos keseluruhanya lebih kurang RM 500. Dan, tempoh hari bekerja dalam 4 hari lebih kurang. Masa paling banyak habis bila nak clear kan laman tu, mana nak buang pokok bunga kertas Tuk Wan yang selama ni dah jadi trademark rumah Tuk Wan. Lepas tu pokok-pokok yang menjalar kat pagar lagi nak buang.

Bila dah terlibat sama dengan projek ni baru kak Ina tahu yang kalau kita nak tanam rumput tanah kita tu perlu ada lapisan pasir. Selama ni dok ingat kita kena letak tanah merah dulu baru tanam rumput. Apa-apa pun sekarang ni kami sangat puas hati dengan hasilnya dan kaki Myra pun sekarang tenggelam dalam rumput yang lembut tu bila dia memijak. Dah tak risau Myra jatuh lagi.

Di bawah ni Kak Ina sertakan gambar laman rumah Tuk Wan yang berusia dalam 2 bulan. Cantikkan. Tapi yang sebenarnya Majalah Laman memang banyak bantu kami, maklum ajelah kami ni memang zero terus bab-bab menanam rumput. Tapi dari mag. tu kami dapat macam-macam knowledge pasal penanaman, penjagaan juga market prices bagi semua yang kita perlukan untuk projek sebegini. Hasilnya macam yang boleh dilihat disini.







It shows that we don't need an expert to this job anymore. Banyak duit boleh save, sebab tak payah bayar upah. Kak Ina pun berangan-angan nak buat macam ni kat laman Kak Ina tapi tak tahu bila .... lebih-lebih lama masa sekarang ni. Ok! itu saja untuk masa sekarang ni terima kasih sebab singgah di blog Kak Ina.

0 comments:

Post a Comment



 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!