Ceritalah......

Tentang hidup... tentang sesuatu...

About life...

Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita. Sudilah kiranya dapat diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini. Jumpa lagi !!

Day by day...

Musibah datang lagi.....

Dugaan Tuhan tu kadang-kadang tak kita terdugakan. Mungkin kali ni memang turn kami untuk terima dugaan bertimpa seperti ni. rasa macam susah nak percaya pun ada. Sebabnya selama ni kami semacam tak pernah terlintas untuk terima test yang macam ni dalam jarak masa yang sangat singkat.

Tapi ... kalau difikirkan apa yang membezakan kita dari orang lain. Selama ni kita hanya melihat tak pun mendengar pasal orang terkena musibah bertimpa dan kali ni kita pulak. Dalam entry sebelum ni Kak Ina ada cerita pasal motor kami kena curi. Dan hari ini kiranya dalam masa 8 hari pagar rumah kami pulak kena kopak. Kak Ina sedar pagar tu dah terkoyak pagi tadi masa tengah berbual dengan Tuk Wan.

Terkejut besar Kak Ina bila tengok pagar tu dah terkopak luas pulak tu. Masa tu barulah terlintas dalam kepala Kak Ina apa yang Kak Ina nampak malam tadi tu semuanya betul dan bukan khayalan Kak Ina semata. Sebenarnya malam tadi masa dok tengah mengadap komputer kak Ina terperasan ada cahaya lampu dari luar rumah yang kak Ina yakin sangat bukan lampu kenderaan atau pun lampu jalan. tapi bila cakap kat Cik Abang dia ahh kan aje..

Yang membengangkan tu, kami ni baru aje nak okey dari phobia hilang motor hari tu. Ni dah kena lagi. Dan ni agak menakutkan sebabnya dah jelas-jelas ada orang kat rumah tapi malaun-malaun tu try jugak nak masuk ke rumah. Hitam sungguh hati diaorang ni.

Sebenarnya lately area kami ni memang selalu kena attack, sampaikan polis-polis kat sini pun dah tak tahu nak kata apa, nak kata tak ada yang ditangkap, dah ada beberapa tangkapan dah dibuat tapi setiap hari kes yang sama diterima. Nampaknya ramai sungguh yang jadikan sumber haram yang menyusahkan orang ni profesion diaorang. Inilah Malaysia ku yang aman , makmur dan selamat.

Tang mana aman ...entah, kat mana makmur...tak tahu, SELAMAT ? em! tah la...

0 comments:

Post a Comment



 
Terima Kasih kerana singgah ke Ceritalah...... Laman ini Kak Ina buka adalah untuk kita semua bercerita , bertukar pandangan dan pendapat dalam semua perkara berkaitan dengan hidup kita.Untuk itu, bagi setiap topik yang diperbincangkan atau diceritakan sudilah kiranya diberikan komen atau pandangan untuk sama-sama kita kongsi. Dan, janganlah serik untuk singgah lagi ke laman Ceritalah....... ini.

Jumpa lagi !!